Saturday 16 June 2012

Saya dan Komputer

Sebagai permulaan - bagi merasmikan entri yang pertama ini, mari kita menyingkap sejarah tentang saya dan dunia komputer ini. Untuk pengetahuan uols, saya bukanlah seorang yang mahir a.k.a expert bab-bab komputer ni...Oh tidak,tidak... Ilmu di dada ni terasanya sangatlah cetek...masih banyak yang perlu dipelajari.

Baiklah, tanpa membuang masa...

Rasanya saya mula menggunakan komputer seawal sekolah rendah,kelas komputer. Masa tu pun zaman-zaman DOS lagi..takde mouse2 ni..semuanya menggunakan papan kekunci..maka dengan itu, setiap task yang hendak dilakukan pada komputer wajiblah menggunakan arahan2 a.k.a shortcut..ya ampun...banyak nya yang perlu dihafal! syukur...akhirnya tikus-tikus mula wujud. >_<

Naik sekolah menengah. Masih belajar melalui kelas komputer. Wah. Zaman tu belajar programming...tapi lebih kepada teori. Tingkatan 3, tahun kewujudan e-mel peribadi. Wah terasa canggih sungguh.

Tingkatan 4 dan 5...masih ada kelas komputer. Tapi...ntah kenapa, tak ingat langsung dalam memori. Ops, sori ye cikgu... (ish ish ish...)

Masuk matrikulasi, dengan SENGAJAnya memilih untuk mengambil subjek yang belajar komputer ni. Cecewah...masa tu tetiba skor programming. walaupun sampai sekarang tak pernah buat program yang boleh digunakan oleh diri sendiri mahupun orang lain T T.. Tetiba juga masa tu menghasilkan projek multimedia,menggunakan Macromedia Director 8.. Tak boleh ingat betul, siap lukis2 animasi sendiri...Sekarang??? Hee...

Masuk universiti, ambil jurusan rangkaian komputer. Fuhh nama kursus... (sebenarnya masa pilih kursus tu pun main hentam je bukan faham pun. Hanya semata-mata kerana nama kursus yang dirasakan sedap dan canggih. 'Rangkaian komputer'. )Hmm..  Oh ye, zaman universiti ni juga zaman memiliki komputer yang pertama...(dan setakat hari ini..haha). Punya la terasa gigih nya mengambil jurusan komputer yang tentu-tentunya wajib buat projek komputer, dengan saiz monitor yang macam giant teddy bear,dengan CPU nya,dengan keyboardnya yang macam dipatuk ayam bila menekannya...hahaha..tapi itu jugalah yang berjasa...wehh...jenama Samsung tuh...

Dan kini...

sibuk dengan kerja...lebih kepada penggunaan Microsoft Office...multimedia software...(yang saya tak belajar zaman universiti ponn..) ... Itulah, sememangnya dunia komputer itu luas. Siapa kata dia pandai komputer???